- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan
Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh je kirim ribuan sms mesra, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka
Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"
kpd member yg muslim jgn [ikir psl dunia je...pertngkatkanlah ibadah agar kita smua insan yg berilmu ini mnjdi muslim yg sjati......amiiiinnn
Thursday, September 22, 2011
Posted by Iqbal at 12:22 AM 0 comments
Wednesday, September 21, 2011
Dari Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Masruq r.a katanya: Ketika aku duduk bersandar berhampiran dengan Aisyah, Aisyah berkata: Wahai Abu Aisyah iaitu Masruq! Ada tiga perkara, sesiapa yang memperkatakan salah satu daripadanya bererti dia telah melakukan pembohongan yang amat besar terhadap Allah s.w.t. Aku bertanya: Apakah tiga perkara itu?
Aisyah menjawab: Pertama: Sesiapa yang mendakwa bahawa Muhammad s.a.w melihat Tuhannya bermakna besarlah pembohongannya terhadap Allah s.w.t. Aku yang duduk bersandar dari tadi mula duduk dengan baik lalu aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Dengarlah kata-kataku ini terlebih dahulu, bukankah Allah s.w.t telah berfirman وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ Yang bermaksud: Dan Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan kerana demi sesungguhnya Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata. Firman Allah lagi وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya Nabi Muhammad telah melihat malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi. Kemudian Aisyah berkata: Akulah orang yang pertama bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini dari kalangan umat ini.
Baginda telah menjawab dengan bersabda: Aku tidak pernah melihat Jibril dalam bentuk asalnya kecuali dua kali sahaja iaitu semasa dia turun dari langit dalam keadaan yang terlalu besar sehingga memenuhi di antara lagit dan bumi. Kemudian Aisyah berkata lagi: Adakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ Yang bermaksud: Dia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat dan mengetahui hakikat segala penglihatan mata dan Dialah Yang Maha Bersifat Lemah Lembut dalam melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. Atau adakah engkau tidak pernah mendengar firman Allah وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ Yang bermaksud: Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu dengan diberi ilham atau mimpi atau dari sebalik dinding dengan mendengar suara sahaja atau dengan mengutuskan utusan Malaikat lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi Keadaan-Nya, lagi Maha Bijaksana.
Kemudian Aisyah berkata lagi: Sesiapa yang mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w telah menyembunyikan sesuatu dari kitab Allah, maka ketahuilah sesungguhnya dia adalah pendustaan yang paling besar terhadap Allah, sebagaimana firman Allah يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُYang bermaksud: Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya dengan menyampaikan semuanya, maka bermakna engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya.
Kemudian Aisyah berkata lagi: Sesiapa yang mendakwa bahawa baginda menceritakan perkara yang berlaku pada besok harinya, maka ketahuilah dia merupakan suatu pendustaan yang besar terhadap Allah, sebagaimana firman-Nya قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُYang bermaksud: Katakanlah lagi, tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah. (H.R. Muslim)
Dari Abu Dzar r.a katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ”Adakah anda melihat Allah?” Jawab baginda: ”Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?” (H.R. Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, pernahkan engkau melihat Tuhanmu ya Jibril?" Jibril menjawab: "Di antara aku dan Allah ada 70 lapis hijab yang terdiri daripada cahaya. Bila terbuka sahaja lapisan hijab cahaya yang paling luar, aku pasti terbakar." (H.R. at-Tabrani)
Dari Aisyah r.a katanya: "Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan: Pemandangan tidak sampai kepadaNya. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan: Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.” (H.R. Muslim)
Posted by Iqbal at 12:58 AM 0 comments
Tuesday, September 20, 2011
Cinta Yang Agung
CINTA yang AGUNG adalah ketika kamu menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya.. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia.. Adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.
Apabila cinta tidak berhasil… Bebaskan dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi… Ingatlah…bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya.. tapi.. ketika cinta itu mati.. kamu tidak perlu mati bersamanya… Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang.. melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana… dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri.. dan menyadari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat.
Teman Sejati… mengerti ketika kamu berkata ‘Aku lupa.. ‘Menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘Tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘Tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata ‘Bolehkah saya masuk?’
Mencintai… bukanlah bagaimana kamu melupakan.. melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.. Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan.. melainkan bagaimana kamu MENGERTI… Bukanlah apa yang kamu lihat.. melainkan apa yang kamu RASAKAN.. Bukanlah bagaimana kamu melepaskan.. melainkan bagaimana kamu BERTAHAN…
Lebih berbahaya mencurahkan air mata dalam hati…dibandingkan menangis tersedu-sedu.. Air mata yang keluar dapat dihapus.. sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.. Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang.. Tapi ketika Cinta itu Tulus, meskipun kalah, kamu tetap menang hanya kerana kamu berbahagia… dapat mencintai seseorang lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.. Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang bukan karena orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita menyadari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia.. Jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kamu betul-betul mencintai Melainkan.. berjuanglah demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan daripada berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu & kadang kala teman menangis bersamamu. Itu semua adalah cinta yang tidak kamu sadari. Cinta bererti aku mengetahui orang yang aku cintai. Menyedari begitu banyak kelebihan pada dirinya, bukan cuma sisi baiknya tetapi juga keterbatasan, inkonsistensi dan kelemahan-kelemahannya.
Cinta bererti aku peduli pada kesejahteraan orang yang aku cintai. Dalam ketulusanku, kepedulianku bukan untuk mengikat seperti barang yang kumiliki. Sebaliknya aku peduli pada pertumbuhannya dan aku berharap semoga ia menjadi apapun yang ia inginkan, sekalipun aku harus merasakan tidak nyamanan dalam menjalani waktu. Cinta bererti memiliki rasa hormat terhadap harga diri orang yang aku cintai. Aku bisa melihatnya sebagai seseorang yang terpisah dariku, dengan nilai-nilainya, pikiran-pikirannya dan perasaan-perasaannya dan aku tidak memaksakan untuk menyerahkan identitasnya, menyesuaikannya pada citra yang aku harapkan.
Cinta bererti memiliki tanggungjawab terhadap orang yang aku cintai. Bila aku mencintainya, aku bertanggungjawab terhadap kebodohan-kebodohannya sebagai satu pribadi. Tanggungjawab ini tidak mengikatku untuk melakukan sesuatu yang biasa ia lakukan sendiri. Ia hanyalah untuk menyadarkanku akan siapa aku dan apa yang aku lakukan untuknya, dengan begitulah aku kemudian langsung terlibat dalam kebahagiaan dan kesulitannya.
Cinta bererti tumbuh bagiku serta orang yang aku cintai. Bila aku mencintainya, aku menjadi tumbuh karena cintaku. Ia menjadi stimulan bagiku guna memenuhi keinginanku mewujudkan diriku yang kuinginkan, demikian pula cintaku akan meningkatkan kesedaran pada dirinya. Masing-masing tumbuh kerana kepedulian kita dan kerana kita dipedulikan. Cinta bererti membuat komitmen pada orang yang aku cintai. Komitmen itu tidak bererti penyerahan diri secara sepenuhnya terhadap seseorang pribadi, bukan pula bererti bahawa hubungan harus dipermainkan. Maknanya adalah bahawa komitmen ini mengandungi keinginan untuk selalu bersama-sama di saat-saat sedih, di saat-saat sulit, saat-saat melewati suatu perjuangan dan kepedihan, sebagaimana bersama-sama dalam ketenangan dan kebahagiaan.
Cinta bererti bahawa aku mungkin terluka bila aku membuka diri kerana percaya padanya, aku mungkin akan mengalami luka, penolakan, atau kehilangan. Kerana ia tidak sempurna, ia mempunyai kapasiti untuk melukaiku, dan kerana tidak ada jaminan dalam cinta. Cinta bererti mempercayai orang yang aku cintai. Bila aku mencintainya, aku percaya ia akan menerima keburukanku dan cintaku dan keyakinan bahawa ia tidak akan melukaiku dengan sengaja. Aku percaya ia akan melihatku sebagai seseorang yang layak untuk dicintai dan ia tidak akan mengabaikanku. Cinta boleh bertolak ansur keatas ke tidak sempurnaan. Dalam sebuah hubungan cinta ada saat-saat bosan, saat ketika rasanya aku ingin menyerah saja, saat-saat sulit dimana aku nyaris tidak mampu bertahan, namun aku masih memiliki kemampuan untuk mengingati apa yang sama-sama pernah kita miliki di masa yang lalu dan bahwa aku boleh membayangkan apa yang akan aku dapatkan di masa depan seandainya kita cukup berani menghadapi masalah-masalah bersama dan memecahkannya bersama-sama. Cinta itu membebaskan. Cinta diberikan secara bebas, tidak diserahkan karena permintaan.
Cinta itu meluas. Bila aku mencintaimu, aku mendorongmu untuk membentuk dan mengembangkan hubungan-hubungan yang lain. Sekalipun hidup kita untuk satu sama lain, dan komitmen kita berdua menjadi inti dari apa yang kita lakukan, tetapi kita tidak secara menyeluruh dan eksklusif terikat satu sama lain. Kita adalah pribadi-pribadi yang seling memerlukan kehadiran-kehadiran yang lain untuk memenuhi takdir kita. Sekalipun demikian kita juga individu yang terpisah. Kita harus berjuang atas nama kita sendiri. Cinta bererti mengenalkan diri dengan orang yang aku cintai. Bila aku mencintainya, aku dapat meluahkan perasaanku padanya dan melihat dunia melalui matanya. Aku juda dapat mengenalkan diriku padanya kerana aku dapat melihat diriku di dalam dirinya dan dirinya di dalam diriku. pendekatan ini tidak bererti sebuah ikatan yang terus-menerus, kerana jarak dan terpisah sering kali penting dalam hubungan percintaan. Jarak dapat memperkuatkan lagi ikatan cinta dan ia akan membantu kita menemukan kembali diri kita, sehingga kita dapat bertemu lagi dalam sebuah cara yang baru.
Cinta itu selfish. Aku hanya boleh mencintainya bila secara tulus ia mencintai, menilai, menghargai dan menghormati diriku sendiri. Bila aku kosong, maka yang dapat aku berikan adalah kekosonganku. Cinta yang matang adalah kesatuan dalam keadaan menjaga hati setiap orang, diri masing-masing. Dalam cinta ini terjadi, bahawa ketika 2 manusia menjadi satu mereka tetaplah dua......
* Dari pelbagai Sumber
Posted by Iqbal at 11:26 AM 0 comments
Wednesday, September 14, 2011
white lion - when the children cry
little child
dry your crying eyes
how can I explain
the fear you feel inside
cause you were born
into this evil world
where man is killing man
and no one knows just why
what we have become
just look what we have done
all that we destroyed
you must build again
when the children cry
let them know we tried
cause when the children sing
then the new world begins
little child
you must show the way
to a better day
for all the young
cause you were born
for all the world to see
that we all can live
with love and peace
no more presidents
and all the wars will end
one united world
under god
when the children cry
let them know we tried
cause when the children sing
then the new world begins
what we have become
just look what we have done
all that we destroyed
you must build again
no more presidents
and all the wars will end
one united world
under god
when the children cry
let them know we tried
when the children fight
let them know it ain't right
when the children pray
let them know the way
cause when the children sing
then the new world begins
Posted by Iqbal at 6:24 PM 0 comments
Maksud Ayat Kursi

Ayat 255 surah al-Baqarah disebut ayat Kursi kerana dalam ayat tersebut terdapat kata “kursi Allah” yang meliputi langit dan bumi. Kata kursi membawa erti: takhta, singgahsana, tempat duduk, kekuasaan, pengetahuan, dan simbol outoriti.
Itulah sebabnya ayat itu di sebut “ayat Kursi” yang melambangkan kekuasaan Allah s.w.t yang meliputi langit dan bumi. Ayat ini sepanjang zaman telah menghidupkan suasana keagamaan umat Islam dari semasa ke semasa. Ayat Kursi begitu popular hingga kaligrafi ayat ini sering terdapat di rumah kaum Muslim.
Ayat Kursi dinilai sebagai salah satu ayat yang termulia dalam al-Quran kerana di dalamnya terdapat 17 kata yang menunjuk kepada Allah s.w.t daripada 50 kata yang terdapat di dalamnya. Apabila dihayati, 17 kata yang menunjukan nama Allah itu akan memberi kekuatan batin pembacanya.
Terdapat ulama yang mengatakan bahawa 50 kata adalah lambang 50 kali solat yang pernah diwajibkan Allah kepada Muhammad ketika mikraj dan 50 kali itu diringankan menjadi 5 kali dengan 17 rakaat sehari semalam. Di sisi lain, perjalanan menuju Allah ditempuh oleh malaikat dalam 50 tahun menurut perhitungan manusia.
Ayat Kursi lebih agung jika dibandingkan dengan ayat-ayat lain. Dalam ayat Kursi terdapat sejumlah nama dan sifat Allah s.w.t yang melebihi ayat-ayat lain. Intipati nama dan sifat Allah s.w.t yang berjumlah 99 itu diungkapkan dalam satu ayat hanya pada ayat Kursi.
Di antara terjemahan maksud ayat kursi tersebut ialah: “Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (al-Baqarah: 255)
Dalam satu kisah disebutkan bahawa ketika para sahabat sedang bertukar fikiran tentang ayat-ayat yang paling mulia, Ali berkata kepada mereka, “Bagaimana pandangan kamu tentang ayat Kursi?” Ali kemudian berkata, “Rasulullah s.a.w berkata kepadaku, ‘Hai Ali, penghulu sekalian manusia adalah Adam, penghulu bangsa Arab adalah Muhammad tanpa rasa sombong, kalam yang terbaik adalah al-Quran, penghulu Al-Quran adalah al-Baqarah dan penghulu al-Baqarah adalah ayat Kursi.”
Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan keutamaan ayat Kursi, misalnya yang diriwayatkan Ali bin Abi Talib. Hadis itu berbunyi: “Tidak dibaca ayat ini (ayat Kursi) dalam sebuah rumah kecuali syaitan-syaitan lari meninggalkannya selama 30 hari, dan tukang sihir laki-laki dan wanita tidak akan memasukinya selama 40 hari.” Ali juga menceritakan bahawa ia pernah mendengar Nabi s.aw berkhutbah di atas mimbar dan berkata: “… dan barangsiapa yang membacanya pada saat tidurnya, Allah akan mengamankannya, tetangganya, tetangga dari tetangganya dan rumah-rumah yang ada sekitarnya.” Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawaih, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap penghujung solat wajib, maka tidak ada yang mencegahnya masuk syurga kecuali kematian, dan tidak ditetapkan padanya kecuali sebagai siddiq (benar atau jujur) dan abid (tekun beribadah).”
Posted by Iqbal at 6:19 PM 0 comments
Tuesday, September 13, 2011
Dosa-Dosa Besar yang tidak kita sedari
Terima kasih Tuhan, kerana dengan rahmatMu banyak peringatan-peringatan yang Kau beri untuk dapat kami membaiki diri kami. Kami rasa ini satu hadiah yang besar dari Engkau berkat bulan Muharam ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, kerana engkaulah ya Rasulullah kami dapat meneruskan kuliah kali ini. Moga-moga kami pandai bersyukur dan dapat membanyakkan selawat kepada nabi kami.
Kerana ilmu kita tak banyak, tak halus, banyak benda silap yang kita tak tahu, banyak ilmu yang seni-seni kita tak faham. Kita telah buat kesalahan tanpa kita sedar. Kita telah buat dosa-dosa besar tapi tak tahu. Kita banyak buat kesalahan dengan Tuhan tapi tak sedar. Jadi yang kurang pada kita ialah ilmu-ilmu seni. Bila ilmu-ilmu seni itu kita tak faham, pada saya, pada orang lain saya tak tahulah, makin banyak kita ibadah makin banyak kita tipu diri. Makin kita nak jadi orang baik dah jadi tak baik. Makin banyak kita beribadah makin jahat kita dengan Tuhan, kerana ilmu kita tak boleh menyuluh diri kita, sebab ilmu Tuhan itu sangat seni. Sangat tersirat.
Yang sebenarnya ilmu yang seni-seni, ilmu yang tersirat itulah yang boleh mengubat hati. Ilmu lain tak boleh, kadang-kadang dia tipu kita, ilmu lahir tak terasa apa-apa. Bila tak terasa apa-apa, makin banyak kita buat, kita dah rasa luar biasa, kita kurang ajar dengan Tuhan, kita dah rasa hebat. Ini dah berdosa dengan Tuhan tapi kita tak sedar, kita dah tak takut dengan Tuhan.
Sedangkan itu kesalahan besar, dosa besar. Jadi kalau ilmu kita tak seni, makin buat baik jadi makin tak baik. Kan pelik didengar, kalau orang tak pernah dengar ilmu macam ni, tentulah dia fikir ajaran sesat ke ni? Yang sebenarnya dosa-dosa besar ada 2 bahagian: 1.dosa-dosa yang lahir 2.dosa-dosa yang batin
Ramai orang yang nak beragama, yang nak juga pada Islam kalau ilmunya tak seni, tak halus, ilmu yang tersirat tak tercungkil, dia tak terjebaklah dengan dosa-dosa besar lahir (yang nampak oleh mata lahir). Sebab dia nak beragama juga, yang lahir ini mudah dikesan. Tapi orang ini akan terjebak dengan dosa-dosa besar yang batin
Bagi yang jenis tak fikir agama, dosa-dosa besar yang lahir pun dia tak ambil kisah apa lagi yang batin.
Bagi orang yang agak nak beragama insyaAllah dosa-dosa lahir dia tak buat seperti zina, mencuri, minum arak, judi, menipu, rasuah...itu semua dosa-dosa besar dia tak buat. Dia tak akan berzina, melacur. Nah disitu dia tipu diri "Aku tak buat dosa besar, bersih aku ni!" Terasa baik dia. Makin baik lahirnya yang dalam makin jahat. Makin cantik di luar makin burruk di dalam. Makin bercahaya lahir, yang dalam makin gelap.
Sebab itu para sahabat salafusoleh dan orang-orang yang bertaqwa dia bukan takutkan dosa-dosa besar yang lahir tapi yang takutkan ialah dosa-dosa besar yang batin terutama syirik. Dikalangan salafusoleh para sahabat pernah berkata kalau aku mati di bilik aku ini mati sebagai orang beriman, sedangkan kalau aku pergi ke tangga rumah ini mati syahid, itu besarlah. Tak apa, saya nak mati di bilik, kenapa? Padahal jarak bilik dengan tangga itu 2-3 depa sahaja, dia takut jalan dari bilik ke tangga dia jadi syirik. Apa maksud tu?
Begitulah orang bertaqwa bimbangnya dengan syirik, bimbang dengan Tuhan. Dengan jarak 2-3 depa dia tak yakin dirinya selamat dari syirik walaupun di tangga dijanjikan mati syahid. Tak apalah yang penting aku dapat mati beriman cukuplah. Kalau masuk neraka tak kekal, daripada mengharapkan mati syahid tapi dapat mati kafir. Begitulah hati orang beriman, adakah hati kita macam itu? Hati orang mukmin bergolak, tak tahu nasib aku macam mana. Dari saat ke saat dia takut, tak tahu bagaimana nasibnya.
Bagi orang yang nak beragama juga, memang dia tak buat dosa-dosa besar yang lahir. Kalau ilmu dia tak halus, di situ dia rosak, dia buat dosa besar yang batin. Bila orang puji berbunga hati, itu dosa besar. Terfikirkah itu dosa besar? Itu yang saya maksudkan dia tipu kita, disebabkan kita tak buat dosa besar yang lahir tu jadi dia tipu kita.
Dalam pengalaman kita orang yang beribadah kuat, kalau kita tegur ''Saya tak buat salah. Tak, tak saya tak buat!'' Kenapa? Soalnya dia tak nampak di dalam, di luar ok. Tengok. Kebaikan yang diluar menipu diri. Kebaikan yang diluar merosakkan batinnya. Cahaya yang terang di luar menggelapkan dalam. Bila kita berjaya dalam ibadah ke, terasa luar biasa, ujub itu dosa besar, terfikirkah itu dosa besar? Tak! dia berlalu begitu sahaja padahal kita dah lakukan dosa besar. Contoh lain, terlintas dalam fikiran ''Kalau aku berjuang/berdakwah nanti, macam mana nak makan, anak ramai, isteri ramai? Dosa ini lebih besar daripada contoh yang awal tadi sebab ini dah masuk kawasan syirik, merosakkan akidah. Terfikir ke kita yang fikiran macam itu sudah merosakkan akidah? Sebab itu dosa batin, yang susah nak dikesan oleh orang biasa.
Bagi orang yang nak ikut Tuhan, dosa lahir itu macam dengar bunyi gajah. Dari jauh dah dengar gedebuk-gedebuk bunyi gajah jadi senang dia nak elak, larilah.Tapi dosa batin macam bunyi semut, tak terdengar, tak ada. Bila tak ada maka tak rasa bahaya. Bila gajah berjalan, semut berjalan berbunyi, sama. Tapi gajah senang dikesan kesak kesuk kesak kesuk, kalau semut jalan di tepi telinga pun tak dengar. Kita dah buat dosa besar tapi kerana kita tak faham, jadi kita kata kita tak buat.
Jadi ramai orang yang buat dosa besar batin. Untuk orang yang nak beragama tapi ilmunya tak ada, tak halus maka dia akan banyak buat dosa besar batin. Macam orang lain dapat kesenangan, terdetik hati kita rasa tak senang, itu dosa....mana kita terfikir itu dosa?Kalau orang dapat kesusahan, kita tak rasa susah, itu dosa...terfikir ke kita itu dosa?Mana boleh orang susah kita tak rasa susah, mana perikemanusiaan kita? Itu tanda hatinya sudah bankrup, tak susah dengan kesusahan orang.Pernahkah kita menungkan,''Eh, aku ni banyak dosa sebab aku tak terasa susah dengan kesusahan orang lain.'' Tapi kalau minum arak ''Astaghfirullah hal 'azim aku telah minum arak''. Setahun dia boleh ingat. Atau kalau berzina setahun dia boleh ingat. Main diotak, tak tenang.Tapi tak rasa susah dengan kesusahan orang, ada bermain-main di otak?...Tak! Dia berada dalam keadaan selesa tak berasa berdosa dengan Tuhan. Nampak tak ilmunya? Sebab itu kalau ilmu tak halus, tak seni, banyak ilmu tersirat kita tak tahu maka banyak dosa-dosa batin kita buat tanpa disedari.
Ilmu-ilmu tersirat, ilmu-ilmu seni itulah ilmu tasawuf, itulah ilmu rohani. Banyak dosa-dosa batin yang kita buat tak tahu. Lebih-lebih lagi sembahyang banyak, ibadah banyak, wirid zikir banyak, kerja-kerja umrah/haji dah banyak tetapi dah takut dengan Tuhan, sebab ditutup oleh kebaikan lahir tadi. Itu satu kejahatan paling besar. Sebab ianya telah mencabut rasa kehambaan. Rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak. Bila dicabut rasa kehambaan dia tak nampak dosa besar. Bila rasa kehambaan tercabut datanglah rasa ketuanan, dah besar, bila dibiarkan dia akan datang rasa ke Tuhanan. Musnah dia punya akidah, tak bahaya ke ?
Kadang-kadang orang yang lalai dengan Islam, sekejap sembahyang sekejap tidak sembahyang, sekejap puasa sekejap tidak puasa, tapi dia rasa bersalah. Dia sedar dia salah. Itu lebih selamat daripada orang yang jaga yang lahir, ibadah yang banyak dalam hati buat jahat, tak terasa takut lagi. Yang tadi masih rasa takut lagi, dalam buat jahat dia rasa takut, rasa kehambaan masih kekal. Yang ini dia banyak buat secara luaran tak terasa takut. Sebab di sisi Tuhan orang yang buat dosa terasa berdosa itu yang selamat. Orang berdosa rasa tak berdosa, itu yang rosak! Rasa berdosa, rasa bersalah, rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak.
Kalau kita ambil yang lahir sahaja mungkin banyak ibadah yang makin rosak sebab dia tak nampak kesalahan dirinya. Sebab itu orang dulu, kalau ada orang nak tanya tentang hukum hakam kalau nak jaga hati kalau aku terus jawab mungkin nanti ada megah. Kamu pergilah tanya si Ahmad, bila sampai si Ahmad tanyalah si Yusuf, kerana nak jaga hatilah tu. Dari Yusuf suruh pergi ke Mahmud juga. Akhirnya pusing sampai baliklah kerana tak dapat elak dia pun jawab.
Sebab itu orang dulu, kalau nak sangat berdakwah, dia tak berdakwah. Waktu dia seronok sangat nak bersyarah tu, dia tahan diri, sebab dia fikir jangan-jangan dorongan ini hanya untuk nak megah, untuk kepentingan diri. Syeikh Abdul Kadir Jailani selepas 30 tahun beribadah, buat itu buat ini, dia berdakwah. Sebab sebelum itu dia tak berdakwah. Kadang orang tanya mengapa tuan tak berdakwah, kadang-kadang dia tak jawab sebab dia tahu mengapa dia tak berdakwah. Setelah 30 tahun baru dia berdakwah, dia dah jadi orang baik...mungkin mula dari 30 tahun jadi sekarang dah 60 tahun. Orang terkejutlah. Dia kata '' Saya dah dapat arahan'', nbaru dakwah, ada arahan dari Tuhan, ada bisikan dari pihak Tuhan baru dia berdakwah. Dia berhati-hati. Sebab itu sekali sahaja dia berdakwah, yang dah nak baik terus jadi baik, yang dapat hidayah mendadak baik, yang jahat-jahat bergolak hati. Itu kesanya.Hari ini orang kerja dakwah tapi tak ada kesan, mengapa? Sebab hati nak sangat berdakwah, masuk surat khabar lagi seronok, sehingga dakwah tak dapat memberi kesan.
Sheikh Abu Yazid Bustami lepas berdakwah ramai orang sedar, kerajaan tak senang, maka dibuang.7 tahun dibuang, 7 tahun negara bergolak. Ladang tak jadi, makan susah, kemarau, kemudian baru orang perasan mengadu ke Gabenor,''Tuanku, sejak kita buang Yazid tu keadaan jadi begini, dah teruk ni, coba bawa balik Yazid''. Dia balik masalah selasai. Kesan rasa hati mereka, bergolak negara. Mana ada orang macam ini sekarang. Masing-masing nak berdakwah, tak ada seorang pun masuk Islam, semua orang Islam tak berubah, dirinya pun tak berubah. Sebab dia berjuang tapi membawa dosa besar batin, bawa kejahatan batin, diluar bercahaya dalamnya gelap. Kerana ilmunya tak seni, ilmu rohaninya tak menyuluh batin, dia buat jahat tak sedar, dia berdosa pun tak perasan.
Ini semua faktor ilmulah. Kalau ilmu kita tak banyak, tak global, tak seni, makin kita baiki diri yang luar, makin terjun ke Neraka, makin terjun ke maksiat. Makin kita buat kejahatan tanpa kita sedar. Kena berhati-hatilah jangan sampai sembahyang, puasa, wirid kita menipu kita. Jangan ibadah kita merusakkan hati kita. Patutnya makin banyak kita baiki diri makin rasa bersalah, rasa berdosa, makin rasa tak berguna, makin rasa jauh dengan Tuhan. Itulah yang akan menyelamatkan kita.
Sekian, ampun maaf.
Posted by Iqbal at 9:18 PM 0 comments
Maksud Doa Surah Yaasin

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam, puji-pujian yang menyamai segala nikmatNya dan sebanding dengan segala tambahanNya. Ya Allah, bagiMu segala puji sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zatMu dan dengan kebesaran kekuasaanMU. Wahai Allah, kurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas keluarga Penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu’álaiwassalam dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekelian.
Wahai Allah, dengan hak kebenaran Yasiin dan demi Al Quran yang penuh segala hikmah dan demi zat yang telah memiliki membawa risalah kenabian, pemerintahan dan petunjuk kepada jalan Mu yang lurus, dari MU melalui malaikat Jibril yang diturunkan olehMU wahai Yang maha Mulia lagi maha penyayang, dan demi setiap huruf (Al Quran) serta nama-namaMu yang Nyata, wahai zat yang tersembunyi kelembutanMU, yang menghilangkan segala dukacita, yang menghapuskan segala kesusahan bagi semua yang berhutang; wahai zat yang telah menjadikan khazanahnya di antara huruf kaf dan nun, dan yang mengetahui sesuatu yang telah ada dari sebelum adanya.
Aku memohon padaMU Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kedudukan yang baik yang Engkau redhai dan sesungguhnya jadikanlah kami dalam kumpulan yang berbahagia serta mencukupi, dan Engkau permudahkanlah bagi kami semua kehendak kami, ketentuan kami dan kurniakanlah kebaikan bagi kami, kami memohon perlindungan zatMU yang Maha Agung lagi Maha Pengurnia, dan kurniakanlah kepada kami kejayaan yang segera.
Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan terimalah olehMU kembalinya kami kelak, masuk dibawah pemeliharaan Engkau dengan rahsia firmanMu bahawa Sesungguhnya apabila Engkau menghendaki sesuatu hanya dengan berkata “kun”, maka jadilah ia. Maha suci Engkau yang dengan kekuasaanMU menguasai segala sesuatu dan kepadaMu semuanya kembali.
Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan, mahasuci zat yang menghilangkan segala kedukaan, maha suci zat yang memerintahkan, apabila menghendaki sesuatu hanya berkata “kun”maka jadilah ia. Wahai zat yang menghilangkan dukacita, wahai zat yang menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan dukacita kami. Wahai zat yang hidup! wahai zat yang berdiri dengan sendiri! wahai zat yang Maha Agung lagi Maha Mulia!
Ya ALLAH, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu’alaiwalasam, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekelian. Segala puji-pujian tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Amin amin Ya rab bil ‘alamin."
Posted by Iqbal at 9:15 PM 0 comments
ISLAM ITU SUCI DARI SEGALA KEKOTORAN DAN KELEMAHAN

Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan.Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba-Nya. Suci dari segala kekotoran dan kelemahan.
Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam agama selamat dan menyelamatkan.
Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti kehidupan Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia.Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para Sahabat untuk dapat menawan hati manusia. Mereka tidak pernah berjuang untuk merebut kerusi (jawatan). Tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.
Untuk melaksanakan kebaikan, cara dan kaedahnya juga mesti baik. Tidak ada dalam ajaran Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor.Kalau kita hendak menderma misalnya, caranya mestilah dengan baik.Bukan dengan sombong dan mengungkit-ungkit. Akan tertolak pahalanya di sisi Allah.
Seorang yang ingin menghiburkan orang lain, tetapi menempuh cara-cara maksiat dan mungkar, tidak diterima kebaikan itu sebagai ibadah kepada Allah. Orang yang hendak menegakkan kebenaran melalui cara yang batil, yang dibuat itu tidak lagi dianggap kebenaran. Bahkan ia dianggap kebatilan yang disadur kebenaran.
Itulah dia akhlak Islam. Bahawa sesuatu usaha itu hanya akan jadi ibadah kepada Allah bilamana dapat menepati lima syarat. Yakni niat, cara, subjek, natijah semuanya mesti mengikut syariat Allah, disamping kita tidak meninggalkan perkara-perkara atau ibadah yang asas.
Orang yang mahukan matlamat saja baik tanpa menempuh cara-cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam ayat yang bermaksud :
"Jangan kamu mencampurkan yang hak dan yang batil " (Al Baqarah :42)
Yang hak itu agama Tuhan.Yang batil itu jalannya seperti jalan demokrasi dan lain-lain.
Mereka ini sepertilah orang yang mahu ke satu destinasi dengan kereta, tidak ikut jalan raya, tetapi berjalan di sawah padi. Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitulah tamsilannya orang -orang yang menghalalkan cara. Apa saja halal demi mencapai matlamat baik, konon! Ada orang yang hendak bersedekah tetapi dengan duit curi. Sedekah itu baik tetapi jalannya tidak baik. Maka sedekah itu pun dianggap tidak baik.Ianya bukan kesilapan kecil yang boleh dipandang enteng, bahkan ia termasuk dosa-dosa yang membawa kemurkaan Allah dan Neraka.
Posted by Iqbal at 9:12 PM 0 comments
selamat hari raya
selamat hari raya...semoga hari raya tahun ini menjadi hari raya yang terindah daripada yang sebelumnya...semoga hari raya ini dapat ku maafkan dan dimaafkan kesalahan yang telah ku lakukan kepada hamba2 Allah yang pernah aku mengumpat,mencaci,memaki dan mengutuk
Posted by Iqbal at 9:08 PM 0 comments

